Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

ASNB umum agihan pendapatan 2.74 sen seunit ASN Imbangan 1

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 November - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 2.74 sen seunit bagi ASN Imbang 1 untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

Ia melibatkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah 27.46 juta kepada 44,752 pemegang unit.

Agihan pendapatan akan dilabur semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai esok.

Pemegang unit boleh membuat semakan dan mengemas kini akaun di portal myASNB, melalui aplikasi mudah alih myASNB atau ke cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara.

Sementara itu, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam kenyataannya memaklumkan, ASN Imbang 1 mencatatkan pendapatan bersih direalisasikan sebanyak RM31.20 juta.

Prestasi tersebut sebahagiannya didorong strategi kepelbagaian pelaburan ke pasaran antarabangsa.