Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Kemudahan "i-Sayang" galak suami sumbang sebahagian caruman kepada isteri

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 November - KWSP akan melancarkan kemudahan "i-Sayang" pada suku pertama tahun depan membolehkan pemindahan sukarela caruman akaun suami ke akaun isteri.

Jelas Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Zahir, inisiatif merupakan usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah "i-Lindung".

Kemudahan ini akan membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.