Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Industri halal sumbang RM9.7 bilion kepada KDNK negara

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 23 November - Industri halal negara menyumbang sejumlah RM9.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2020.

Menurut Perdana Menteri, ekonomi halal global dilaporkan akan meningkat kepada RM10 trilion menjelang 2024.

Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM melaporkan segmen pasaran halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus KDNK dan mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025.

Perdana Menteri turut menyeru semua agensi, kementerian dan pemain industri berusaha menigkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan ke peringkat antarabangsa.