Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PETRONAS tidak rahsiakan prestasi kewangan, lapor prestasi setiap suku tahun dan tahunan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 November - Dakwaan bahawa PETRONAS merahsiakan prestasi kewangannya adalah tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan, meski tidak disenaraikan di Bursa Saham, syarikat itu kerap melaporkan perkembangan dan pencapaiannya kepada orang ramai termasuk prestasi kewangan setiap suku tahun dan tahunan.

Perkongsian maklumat tersebut dibuat menerusi pelbagai platform media.

Dokumen berkenaan juga boleh diakses menerusi laman web PETRONAS.

Ketika menjawab pertanyaan wakil Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau, Datuk Seri Mustapa turut memaklumkan prestasi kewangan Petronas tidak dibentangkan di Parlimen kerana tiada peruntukan khusus yang menuntut Petronas berbuat demikian.

Sejak penubuhannya pada 1974 hingga tahun lepas, PETRONAS telah menyumbang RM1.2 trillion kepada kerajaan persekutuan dan negeri dalam pelbagai bentuk bayaran.