Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Sektor perkilangan: 4,545 projek diluluskan sejak 2016, libatkan pelaburan RM450.5 bilion

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 November - Sejak 2016 hingga Jun lalu, sebanyak 4,545 projek dalam sektor perkilangan diluluskan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Lim Ban Hong memaklumkan, ia melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM450.5 bilion.

Daripada jumlah itu, RM278.8 bilion adalah pelaburan langsung asing manakala RM171.7 bilion lagi pelaburan langsung domestik.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Tuan Teh Kok Lim.