Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Rancakkan sektor pelancongan, pastikan pelancong meningkat

  • Published in Ekonomi

LABUAN, 22 November - Perancangan untuk meningkatkan pembangunan pulau pelancongan di Labuan mampu merancakkan sektor pelancongan.

Susulan itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Pulau Rusukan yang berkeluasan enam ekar milik Perbadanan Labuan telah diusahakan oleh pihak swasta.

Datuk Seri Jalaluddin menjelaskan pengusaha perlu dibantu untuk menaiktaraf pulau berkenaan bagi memastikan kadar kemasukan pelancong dari luar Labuan meningkat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di Pulau Rusukan dan juga Pulau Papan.