Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Pembangunan hab tuna Sabah, Labuan perlu dipertingkat

  • Published in Ekonomi

LABUAN, 22 November - Kerjasama awam dan swasta untuk membangunkan industri tuna di Sabah dan Labuan akan dipertingkat selaras usaha menjadikan lokasi itu sebagai hab tuna.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, industri perikanan itu mempunyai potensi yang besar sebagai sumber kekayaan baharu negara untuk dikembangkan di Sabah dan Labuan.

Industri perikanan laut dalam juga mempunyai ruang yang besar untuk diteroka dan dibangunkan pada masa depan.

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kilang Pemprosesan Tuna di Kampung Patau-Patau.