Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

Rantau digital, Malaysia syor 3 resolusi

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Tiga resolusi disyorkan Kuala Lumpur sebagai usaha membentuk kembali ekosistem ekonomi digital ASEAN.

Menerusinya, pertumbuhan serantau yang inklusif, mampan dan berdaya tahan dapat dicapai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyarankan kempen celik digital yang inklusif dipergiat.

Selain itu, beliau mencadangkan usaha pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dipertingkat.

Semua usaha pemerkasaan secara bersama itu bakal membuka laluan ke arah rantau digital.

Perdana Menteri berucap secara maya pada Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN.