Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

MEDAC komited lahirkan 'Bangsa Usahawan'

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Sejajar aspirasi Keluarga Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) komited dalam melahirkan 'Bangsa Usahawan'.

Ia juga bertepatan dengan usaha mempertingkat keseimbangan ekonomi kepada usahawan muda seterusnya menjadi potensi dalam menjana pendapatan lebih menyeluruh kepada semua pihak.

Menteri Tan Sri Noh Omar yang ditemui pemberita di Angkasapuri berkata beberapa strategi diperincikan berteraskan akses kepada peluang pembiyaan adaptasi teknologi dan digitalisasi,pembangunan kapasiti dan akses pasaran.

Menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau Tube, MEDAC berjaya melahirkan 5,643 usahawan belia dengan nilai jualan keseluruhan 135.7 juta Ringgit.

Program yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu telah mewujudkan 10,757 peluang pekerjaan.