Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

TUBE catat nilai jualan RM135.7 juta

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Oktober - Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) mencatat nilai jualan RM135.7 juta setakat Julai lalu sejak diperkenal pada 2014.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, bagi tempoh sama TUBE telah melahirkan 5,643 usahawan belia di seluruh negara.

Program TUBE juga mewujudkan sebanyak 11,767 peluang pekerjaan, merangkumi peserta program berkenaan.

Dalam Majlis Pelancaran TUBE 8.0, SME Corp Malaysia memeterai MOU bersama 8 universiti awam tempatan bagi TUBE@IPT.

Projek perintis 12 bulan melatih 160 graduan Bumiputera dengan peruntukan dana sehingga RM15,000 bagi setiap peserta.