Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

KDNK berkembang lebih 40 peratus

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 September - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan berkembang 40.1 peratus pada April dan 19.8 peratus pada Mei tahun ini.

Ia jauh lebih baik berbanding penguncupan 28.8 peratus bulan sama tahun lalu.

Turut mencatatkan perkembangan memberangsangkan kadar pengangguran yang berkurang kepada 4.8 peratus pada Julai berbanding paras tertinggi 5.3 peratus Mei tahun lepas.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, perkembangan itu disokong pembukaan semula sektor ekonomi secara sistematik di bawah Pelan Pemulihan Nasional.

Kerajaan kekal komited terhadap pendirian konsolidasi fiskal dalam jangka sederhana seperti digariskan dalam RMKe-12 dengan defisit disasar berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang 2025.

Justeru, Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) turut meneliti pelaksanaan pelbagai langkah fiskal dalam mencapai keseimbangan antara keperluan perbelanjaan Kerajaan dengan kemampanan fiskal.