Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Tangani pelbagai jurang digital, sasar 25.5% sumbangan kepada KDNK

  • Published in Ekonomi

PARLIMEN, 28 September - Infrastruktur dan perkhidmatan digital bagi menangani pelbagai jurang digital akan dipertingkatkan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain rangkaian teknologi 5G yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, pelbagai inisiatif pendigitalan telah dan sedang dilakukan yang diyakini akan menyokong pencapaian sasaran 25.5% sumbangan ekonomi digital kepada KDNK pada 2025.

Sementara itu, bagi merapatkan jurang digital disebabkan perbezaan prasarana jalur lebar antara kawasan luar bandar dan bandar, Perdana Menteri memaklumkan Pusat Internet Desa (PID) dan Pusat Komuniti Desa (PKD) akan ditransformasi sebagai Pusat Digital Keluarga.

Menerusi usaha itu, penggunaannya akan diperluas untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat terlibat dalam e-dagang, latihan kemahiran, pembelajaran dan aktiviti masyarakat.