Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

'Syarat kelayakan GKP sangat minimum' - Menteri Kewangan

  • Published in Ekonomi

PARLIMEN, 23 September - Syarat kelayakan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dibuka dengan sangat minimum atau tidak terlalu ketat.

Malah menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan telah membuka permohonan baharu sebanyak empat kali termasuk pada Julai lalu untuk GKP 4.0 bagi usahawan mikro yang tidak lulus GKP sebelum ini.

Setakat ini, lebih sejuta usahawan PKS mikro melibatkan penerima sedia ada dan baharu telah menerima bayaran GKP masing-masing.

Bayaran fasa pertama RM500 GKP 4.0 dibuat pada 21 September lalu diikuti fasa kedua November nanti melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1 bilion.

Keseluruhan RM6.08 bilion dimanfaatkan oleh lebih sejuta usahawan mikro melalui empat siri bayaran GKP semenjak wabak COVID-19 melanda negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul menjawab pertanyaan ahli parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh pada Waktu Pertanyaan Menteri.