Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

RMK-12: MITI komited tarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 September - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) komited untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha berkenaan antara strategi kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan dan sosioekonomi antara wilayah yang turut menjadi fokus utama di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Pelaburan berimpak tinggi akan turut ditumpukan kepada sektor-sektor baru yang selari matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ini termasuk dalam industri halal, automotif dan ekonomi digital.

Beliau bercakap secara eksklusif kepada Berita RTM.

Bagi separuh pertama tahun ini, Malaysia merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan diluluskan sebanyak RM107.5 bilion merangkumi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik.