Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

MOF nilai cadangan KPDNHEP, teliti harga ayam elak kesan kepada pengguna

  • Published in Ekonomi

KULAI, 18 September - Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP)menstabilkan harga ayam bagi jangka masa panjang.

Keputusan perlu dilihat dari segi impak kepada penternak dan pihak terlibat dalam rantaian industri makanan tersebut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrol Tengku Abdul Aziz berkata keutamaan kerajaan adalah kesannya kepada pengguna.

Beliau berkata demikian selepas Lawatan ke Projek Hatcheri dan Ternakan Ikan Kelah di Asuko Genius Sendirian Berhad di Kulai, Johor.

MOF akan perhalusi semua cadangan termasuk pemberian subsidi dan insentif melibatkan penternak, petani dan nelayan.