Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Institusi perbankan disaran segera berikan pengecualian faedah kepada penerima moratorium

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 15 September - Institusi perbankan diarahkan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan kadar segera.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, ini melibatkan penerima moratorium dari kumpulan 50% terbawah daripada keseluruhan rakyat untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku keempat tahun ini.

Menerusi kenyataan, Tengku Datuk Seri Zafrul juga menyatakan kerajaan akan meningkatkan had siling Kumpulan Wang COVID-19 bagi terus membantu rakyat dan peniagaan.

Dalam pada itu, melalui Bajet 2022, Kementerian Kewangan akan berusaha mempercepat pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan.

Langkah itu bagi meningkatkan lagi daya tahan negara ini.

Keutamaan MOF adalah melindungi nyawa daripada ancaman COVID-19 dan memastikan prospek pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh, didorong oleh Pelan Pemulihan Negara dan prinsip pengurusan kewangan yang berhemah.