Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Nilai pasaran farmaseutikal halal global dijangka melonjak menjelang 2024

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 September - Nilai pasaran farmaseutikal halal global dijangka berjumlah 105 bilion dolar menjelang 2024 khususnya dalam segmen penjagaan pencegahan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, negara mampu memanfaatkan potensi berkenaan terutama menerusi kerjasama awam-swasta bagi membangunkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperakui halal.

Ketika ini Malaysia berada di kedudukan teratas dalam Indikator Ekonomi Islam Global bagi lapan tahun berturut-turut dengan prestasi kukuh dalam sektor kewangan Islam, pelancongan, farmaseutikal dan makanan halal.