Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

RMK12, Belanjawan Pembangunan 2022 fokus utama kerajaan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 1 September - Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 September ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, rancangan lima tahun sehingga 2025 itu kini hampir siap 100%.

Jelasnya, isu utama yang akan ditangani dalam tempoh lima tahun akan datang itu termasuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan kawasan dengan tumpuan di negeri-negeri yang telah dikenal pasti.

Mengulas mengenai sasaran 100 hari kementerian, pihaknya akan memfokuskan kepada penyediaan RMK12 dan memuktamadkan Belanjawan Pembangunan 2022 bersama Kementerian Kewangan.

Datuk Seri Mustapa menyatakan demikian selepas mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama memulakan tugas rasmi di Putrajaya.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Eddin Syazlee Shith.