Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Mengurangkan kesan ekonomi berpanjangan, tingkat kuasa beli pengguna dan perkasa sektor swasta

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 20 Ogos - Krisis pandemik COVID-19 telah memberi kesan serius dan menyeluruh kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu, kerajaan akan menumpukan usaha ke arah mencapai dua objektif utama dalam usaha mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, negara akan mengembalikan semula kesejahteraan rakyat, seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna dan mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi memastikan usaha ini tercapai, kerajaan akan bekerja bersama rakyat untuk membangunkan strategi baharu ekonomi bagi memperkukuh asas ekonomi negara dan mengembalikan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.