Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Kekal harga runcit RON95, diesel dan LPG, diskaun bil elektrik 5% hingga 40%

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 29 Jun - Walaupun harga komoditi di peringkat global meningkat, kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka melibatkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini.

Pada masa sama, kerajaan bersetuju memberi diskaun bil elektrik antara 5% hingga 40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai.

Secara keseluruhan, melalui inisiatif ini rakyat akan menerima diskaun berjumlah RM346 juta.

Bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10% bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.

Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion.

Selain itu, untuk menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 1 kilogram hingga 5 kilogram, Kerajaan akan melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.

Untuk ini, kerajaan memperuntukkan subsidi tambahan sebanyak RM1 bilion.