Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Dana Penjana Nasional berjaya kumpul RM850 juta

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 11 Jun - Program Dana Penjana Nasional (DPN) berjaya mengumpul RM850 juta pada pusingan awal yang berakhir hujung bulan lalu.

Jumlah tersebut melebihi sasaran awal ditetapkan berjumlah RM228 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, daripada RM850 juta, RM433 juta  atau lebih 55 peratus merupakan modal pelabur asing, termasuk pelaburan dari Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura.

Daripada lapan syarikat modal teroka asing dan rakan kongsi tempatan yang terpilih di bawah program DPN, tiga telah berjaya mencapai sasaran dana pusingan akhir lebih awal daripada jangkaan.

Suntikan dana pelaburan ini djangka akan memangkin ekosistem syarikat modal teroka tempatan, dan memberi impak kepada syarikat pemula niaga negara.

Kejayaan pengumpulan dana pusingan awal sekaligus memberi harapan sasaran peruntukan sebanyak RM1.2 bilion, mampu dicapai.

DPN merupakan program padanan 'fund-of-funds' yang juga sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).