Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

Ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara enam hingga 7.5 peratus tahun ini.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertumbuhan ekonomi akan dipacu beberapa faktor domestik dan luaran termasuk pelaksanaan program imunisasi di peringkat global dan dalam negara.

Peningkatan secara beransur-ansur dalam pasaran buruh, langkah sokongan dasar berterusan untuk isi rumah dan perniagaan serta peningkatan permintaan luaran akan turut mendorong pemulihan ekonomi.

Sektor pembinaan dijangka tumbuh 13.4 peratus pada 2021 berbanding penyusutan 19.4 peratus tahun lalu.

Manakala, sektor perkhidmatan diunjur berkembang 6.6 peratus dan sektor pembuatan meningkat 8.8 peratus, tahun ini.

Pasaran buruh pula dijangka kembali mencatatkan pemulihan dan pengganguran yang berkurangan berdasarkan trend positif dalam pengambilan pekerja.