Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

Pemansuhan syarat i-Sinar ambil sedikit masa - Tengku Zafrul

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 18 Februari - Pemansuhan syarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memudahkan ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 akan mengambil sedikit masa.

Ini kerana, ia akan melibatkan perubahan pada sistem KWSP.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Laporan Laksana ke-41 menjelaskan, kerajaan telah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudah proses kelulusan, terutamanya bagi mereka yang telah membuat permohonan, atau permohonan yang sedang diproses.

Jelas beliau, dividen ahli bagi tahun 2020 akan diumumkan pada hujung bulan ini.

Proses pengkreditan dividen akan turut mengambil masa dan transaksi akan dibekukan buat sementara waktu.

Pemansuhan syarat i-Sinar katanya, membuktikan kerajaan sentiasa peka terhadap kelangsungan hidup golongan rentan dan yang terkesan akibat COVID-19.

Selain pemansuhan syarat i-Sinar, kerajaan turut melanjutkan permohonan baru dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga 25 Februari ini.

Ini bagi memastikan BPR diterima oleh mereka yang benar-benar layak.