Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

PKP 2.0 batas kemeriahan pelancongan Melaka

  • Published in Ekonomi

AYER KEROH, 14 Februari - Semua program pelancongan yang disediakan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Melaka 2021 akan ditangguhkan sehingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun program seumpama itu boleh diubah suai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, menerusi Bahagian Promosi Pelancongan negeri dijangka melaksanakan satu program spontan untuk mengembalikan kehadiran pelancong.

Beliau berkata demikian di Ayer Keroh.

Mengulas lanjut katanya, usaha itu adalah bagi membantu meningkatkan semula ekonomi penggiat industri pelancongan negeri yang lumpuh selepas pelaksanaan semula PKP 2.0.