Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Peminjam bebas pilih pakej bantuan bayaran balik pinjaman

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Februari - Peminjam yang meminjam menerusi institusi perbankan negara harus memilih pakej bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan situasi kewangan mereka.

Menurut Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, beliau turut menyarankan agar pihak bank menjelaskan kepada peminjam mengenai terma bayaran balik bantuan yang ditawarkan dan kesan terhadap kos pinjaman.

Beliau mengulas aduan orang ramai mengenai tempoh bayaran balik pinjaman yang dilanjutkan terlalu lama apabila pemohon memohon untuk mendapatkan bantuan bayaran.

Beliau juga mencadangkan agar pemohon berbincang semula dengan pihak bank untuk meningkatkan ansuran bulanan apabila situasi kewangan beransur pulih kelak.

Selain dapat memendekkan masa bayaran balik, ia juga dapat membantu mengurangkan kos pinjaman.


Bank Negara Malaysia (BNM) turut mendengar keluhan segelintir peminjam yang tidak diberi pilihan untuk memendekkan tempoh bayaran balik.

Jelasnya, peminjam berhak meningkatkan bayaran ansuran sebaik sahaja mereka bersedia dan mampu.

Sekiranya mempunyai masalah dengan bank masing-masing, peminjam boleh menghubungi BNM TELELINK.