Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Prestasi ekonomi negara menguncup tahun 2020

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Pertumbuhan ekonomi Malaysia menguncup 3.4 peratus pada suku keempat tahun lalu, berbanding penurunan 2.6 peratus pada suku ketiga.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan prestasi lebih rendah pada suku keempat, sebahagian besarnya didorong sekatan pergerakan lebih ketat dan gangguan terhadap bekalan komoditi.

Namun, ia diimbangi pertumbuhan berterusan permintaan luaran.

Jelas Datuk Seri Dr. Mohd Uzir, hampir kesemua sektor ekonomi mencatat penguncupan.

Namun, sektor pembuatan meneruskan pertumbuhan positif.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi ekonomi negara suku ke-4 2020, secara maya.