Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Prestasi KDNK negara atasi unjuran global

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 11 Februari - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2020 dilihat lebih baik berbanding unjuran awal oleh organisasi antarabangsa.

enteri Kewangan Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan media berkata ia meliputi unjuran Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia masing-masing menguncup 5.8 peratus, manakala Bank Pembangunan Asia menguncup 6 peratus.

Prestasi itu menunjukkan pelbagai tanda-tanda pemulihan ekonomi.

Ini termasuk kadar pengangguran lebih rendah dan peningkatan daya saing negara sebagai pengeksport utama rantau ini.

Usaha pemulihan ekonomi telah dikenalpasti dan diterapkan dalam perancangan Belanjawan 2022.

Antaranya, keputusan kerajaan meneruskan projek-projek berskala besar seperti ECRL, MRT2 dan LRT3.

Dalam masa sama, menambah baik dasar modal insan untuk bersedia pada masa depan.