Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

MPC mahu dapat menyumbang lebih banyak pelaburan langsung asing

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) komited untuk meningkatkan kecekapan penyampaian melibatkan peraturan berkaitan permit pembinaan.

Ia bertujuan meningkatkan daya saing dan kemudahan menjalankan perniagaan.

MPC dalam kenyataannya berharap dapat menyumbang lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman, Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari sudut keizinan pembinaan.

Namun masih terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat terutamanya melibatkan kecekapan penyampaian peraturan.

Sebelum ini, laporan Doing Business yang dikeluarkan Bank Dunia meletakkan Malaysia pada tangga kedua berbanding 190 ekonomi seluruh dunia bagi kategori berkenaan.