Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Perdagangan luar Malaysia tunjuk prestasi baik, meningkat separuh kedua 2020

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Januari - Perdagangan luar Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dengan eksport negara yang meningkat pada separuh kedua 2020.

Malah, nilai eksport pada Disember merupakan yang tertinggi dicatatkan bagi tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dalam kenyataan memaklumkan, ia dapat dikaitkan dengan pembukaan ekonomi yang progresif dan pemulihan permintaan luaran secara beransur-ansur.

Tambahnya, eksport ke China mencatatkan kenaikan baharu pada 2020 dan merupakan momentum yang sama untuk Amerika Syarikat yang mencatatkan nilai terbesar sepanjang dekad lalu.

Antara negara yang menunjukkan pertumbahan eksport yang ketara ke pasaran negara berkembang adalah Costa Rica, Kazakhstan, Kenya, Nigeria dan Cote d'Ivoire.

Dalam pada itu, produk getah, elektrik dan elektronik serta produk pertanian berasaskan minyak sawit dan minyak sawit mencatatkan pengembangan eksport yang kukuh.