Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Program vaksinasi negara COVID-19 pacu pemulihan ekonomi Malaysia

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 29 Januari - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis program vaksinasi negara COVID-19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2022 mampu memacu pemulihan ekonomi Malaysia.

Hampir 80% penduduk Malaysia atau hampir 27 juta individu dijangka menerima suntikan vaksin secara berfasa bagi tempoh 12 hingga 18 bulan atau menjelang suku pertama tahun depan.

Melalui wawancara bersama CNBC, beliau menyatakan Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer akhir Februari ini.

Dalam pada itu, Tengku Datuk Seri Zafrul mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5% hingga 7.5% dan sasaran defisit fiskal pada 5.4% tahun ini.

Dalam wawancara sama, beliau menyatakan Malaysia juga tidak akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya walaupun angka penularan COVID-19 terus meningkat.