Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Kaji semula tempoh pembayaran pembiayaan peribadi - ANGKASA

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Januari - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memohon pertimbangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman pembiayaan peribadi kakitangan kerajaan daripada 10 tahun ke 20 tahun.

Lanjutan tempoh itu akan membantu meringankan beban ditanggung peminjam yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Jelas Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, pihaknya menguruskan akaun penjawat awam yang membuat pinjaman peribadi melalui koperasi.

Bank Pusat itu mengeluarkan arahan pengurangan tempoh pembayaran semula pinjaman kepada maksimum 10 tahun, berkuat kuasa pada 2014 lalu.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Barang Asas Keperluan Harian Kepada Petugas Barisan Hadapan, di Kuala Lumpur.