Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Kerajaan tanggung kerugian RM600 juta sehari dalam tempoh PKP 2.0

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 20 Januari - Impak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua adalah terkawal.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerugian RM600 juta sehari yang dijangka ditanggung negara jauh lebih rendah berbanding RM2.4 bilion sehari ketika pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

Tidak seperti sebelumnya, PKP 2.0 membenarkan lima sektor utama negara untuk terus beroperasi manakala perusahaan kecil dan sederhana serta mikro seperti gerai dan warung juga boleh dibuka.

20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan telah mendapat manfaat daripada empat pakej bantuan kerajaan yang dilaksana tahun lalu membabitkan suntikan RM182 bilion.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Khas mengenai PERMAI di Putrajaya.