Permai: Tiga inisiatif diperkenal bagi memperkasa usahawan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Ekonomi
KUALA LUMPUR, 19 Januari - Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) dilihat mampu membantu golongan usahawan untuk terus kekal beroperasi.
3 inisiatif utama diperkenal, merangkumi Geran Khas Prihain (GKP) Tambahan, Skim Mikro-kredit dan Kempen E-Dagang.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi satu kenyataan menjelaskan kesemua inisiatif itu selaras dengan Matlamat Ketiga Pakej Permai: Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
GKP tambahan sebanyak RM650 juta akan memanfaatkan 500,000 PKS di tujuh negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Manakala pelaksanaan Skim Mikro-kredit berjumlah RM1 bilion bakal diuruskan dan dipercepatkan Bank Simpanan Nasional, Agrobank dan TEKUN.
Sebanyak RM300 juta turut disediakan bagi mempergiat Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro, serta Kempen Shop Malaysia Online.
Ini akan menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi perniagaan secara dalam talian dan mendapat bimbingan sewajarnya.