Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Kebenaran operasi industri dinilai ikut pekembangan semasa COVID-19

  • Published in Ekonomi

KOTA TINGGI, 17 Januari - Senarai industri yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikaji semula, sekiranya lekuk penularan pandemik COVID-19 negara dapat dilandaikan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula SOP mencegah COVID-19 juga akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau mengulas perkara itu pada Program Misi Bantuan Bencana Banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Persatuan Pengilang Malaysia dan beberapa agensi terlibat di Kota Tinggi, Johor.