Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

1,283 pelanggan tebus pakej kempen 'MY30 PLUS30 - Beli 1, Percuma 1'

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Januari - Kempen ‘My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’ menerima sambutan menggalakkan apabila seramai 1,283 penumpang menebus pakej masing-masing pada hari pertama, semalam.

Kenyataan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, pengguna boleh membuat penebusan pakej pas perjalanan itu di Stesen LRT KL Sentral dan Hab Bas Rapid KL Pasar Seni.

Tawaran itu terhad kepada 8,333 penebusan sahaja.

Kempen akan tamat pada 31 Mac depan atau selepas pas percuma ke 8,333 ditebus.

Pakej tersebut antara inisiatif diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 23 November lalu.

Ia antara pelan pemulihan pelancongan domestik, diterajui oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia.