Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Sektor ekonomi dijamin kekal dibuka

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 15 Januari - Kerajaan beri jaminan sektor ekonomi dan ekosistem kewangan tetap dibuka mengikut prosedur operasi standard SOP ditetapkan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, rakyat bebas menjalankan urusan simpanan dan pelaburan di institusi kewangan.

Menyentuh mengenai perniagaan dan ekonomi, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata kerajaan membenarkan sektor pembuatan, perkhidmatan penting dan rantaian bekalan bagi sektor berkenaan terus beroperasi.

Malah kerajaan akan memastikan bekalan perlu atau essential mencukupi untuk memastikan aktiviti ekonomi utama terus berfungsi.

Beliau mengumumkannya menerusi Laporan LAKSANA Ke-36.

Dalam pada itu Tengku Datuk Seri Zafrul mengumumkan 128,779 orang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Ia merangkumi 102,657 orang di bawah umur 40 tahun, 17,395 individu berumur 40 hingga 60 tahun, 7,382 perantis dan 1,345 orang kelainan upaya.

Bagi program latihan seramai 133,936 individu telah diluluskan untuk mengikuti Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran.

Antara kursus yang mendapat sambutan ialah keusahawanan dan pendigitalan.