Wednesday, 4 August 2021

updated 1:18 PM UTC, Aug 4, 2021

Pengeluaran minyak sawit mentah diunjurkan sebanyak 19.70 juta tan

  • Published in Ekonomi

BANGI, 12 Januari - Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada tahun 2021 diunjurkan sebanyak 19.70 juta tan berbanding 19.14 juta tan pada tahun lalu.

Ia berikutan jangkaan pengembangan kawasan tanaman sawit matang serta kesan cuaca kering yang mempengaruhi pengeluaran Buah Tandan Segar dan seterusnya pengeluaran MSM.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) secara mandatori meningkatkan pengeluaran minyak sawit mampan dan menyumbang peningkatan daya saing industri itu di peringkat global.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Tinjauan dan Semakan (R&O) Ekonomi Minyak Sawit 2021 di Bangi.