Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Nilai pampasan projek HSR KL-Singapura hujung bulan ini, tiada komitmen kerajaan bagi projek HSR KL-JB

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Januari - Malaysia dijangka menerima butiran kos melibatkan nilai pampasan projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura pada hujung bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp), Datuk Mohd Nur Ismal Kamal berkata, buat masa ini jumlah pampasan sebenar kepada Singapura masih belum dimuktamadkan.

Sementara itu, beliau turut mengulas spekulasi bahawa projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan digantikan dengan HSR Kuala Lumpur-Johor Bahru.

Jelas Datuk Mohd Nur Ismal, kerajaan tidak pernah membuat sebarang keputusan atau komitmen bagi projek berkenaan.

Kajian mengenai hala tuju seterusnya bagi projek HSR akan diadakan tidak lama lagi.

Pihaknya perlu membuat beberapa rundingan termasuk terma rujukan dan skop kajian yang dijangka mengambil masa selama enam bulan atau bergantung kepada keperluan.