Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

Kerajaan disaran teruskan projek HSR Malaysia-Singapura apabila ekonomi negara pulih

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Januari - Kerajaan disaran untuk mempertimbang pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura apabila situasi ekonomi negara kembali pulih.

Pandangan itu disuarakan penganalisis ekonomi dan Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma.

Namun keputusan membatalkan projek berkenaan adalah wajar bagi mengelakkan negara berdepan beban kewangan.

Malah perbelanjaan menguruskan krisis COVID-19 seharusnya menjadi keutamaan kerajaan sekarang.