Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

Projek HSR dibatal, elak beri kesan kepada ekonomi

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 1 Januari - Terma-terma Perjanjian Dua Hala yang membabitkan Projek HSR yang ditandatangani pada tahun 2016 tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata, ia memberi kesan teruk kepada ekonomi serta menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Tambahnya, bermula tahun 2018 kerajaan telah mencari alternatif untuk menurunkan kos.

Proses penelitian semula projek itu juga menjadi keutamaan sejak pandemik COVID-19 berlaku.

Namun begitu, tiada persetujuan dicapai mengenai perubahan yang dicadangkan sehinggalah Perjanjian Dua Hala berkenaan projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Malaysia akan terus menghormati terma-terma Perjanjian Dua Hala tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menentukan jumlah pampasan.

Beliau turut berkata, kerajaan akan terus memperkukuhkan hubungan sedia ada termasuk mempertingkatkan kesalinghubungan Kuala Lumpur-Singapura demi kepentingan bersama.