Sunday, 17 January 2021

updated 11:42 AM UTC, Jan 17, 2021

Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia tawar e-baucar menarik

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 31 Disember - Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia!'Experience Malaysia Like Never Before' bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 menawarkan e-baucar menarik.

Pelancong akan menerima e-baucar bernilai RM50 atau RM100 dengan pembelian penginapan di beberapa hotel terpilih di seluruh negara.

Kempen di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) ini melibatkan kerjasama antara Tourism Malaysia dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Shopee Malaysia dalam menghidupkan semula ekonomi dan rantaian bekalan pelancongan negara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md. Said berkata, PRE 1.0 bertujuan menarik rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara.

Pada masa yang sama menyokong industri perhotelan dalam menjana pendapatan dan mengekalkan perniagaan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut berharap, pelbagai program dan inisiatif yang telah dirancang dapat membantu menghidupkan semula sektor pelancongan domestik dengan kerjasama semua pihak yang terlibat untuk kelangsungan ekonomi negara.