Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

SSM kecualikan fi lewat serah dokumen

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Disember - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi pengecualian fi bagi lewat serah simpan dokumen berkanun mulai 1 hingga 31 Januari depan.

Pengecualian bertujuan mengurangkan impak syarikat yang terkesan oleh penutupan sementara perkhidmatan Malaysia Business Reporting System (MBRS) bagi penyelenggaraan sistem sehingga 28 Februari depan.

Menurut kenyataan, SSM memahami kesulitan yang dihadapi dan memohon pelanggan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem MBRS ini disempurnakan.

Kerja-kerja penyelengaraan ke atas sistem MBRS tidak menghalang akses pelanggan kepada maklumat terkini syarikat yang dikemaskini melalui sistem MyCoID.

Para pelanggan boleh membuat serahan simpan dokumen Penyata Tahunan (PT), Penyata Kewangan dan Lapora (PK), Exempt Private Company (EPC), Penyata Kewangan Tidak Beraudit, dan permohonan pengecualian atau lanjutan masa bagi PT atau PK, Exemption Application (EA) melalui serahan kaunter SSM seluruh negara.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM untuk pertanyaan lanjut.