Saturday, 23 January 2021

updated 8:51 AM UTC, Jan 23, 2021

Cabaran sektor tenaga, kerajaan kaji penambahbaikan Dasar Tenaga Nasional

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Disember - Kerajaan akan membuat kajian bagi tujuan penambahbaikan Dasar Tenaga Nasional (NEP) sejajar perubahan landskap global sektor tenaga.

Ini bagi memastikan polisi dan strategi terbaik dapat diketengahkan demi kemakmuran sektor tersebut.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, penambahbaikan tersebut mengambil kira peluang di sebalik cabaran dihadapi sektor tenaga.

Terutama dalam landskap sektor tersebut yang kini berdepan angin perubahan berikutan pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

Kawalan pergerakan dilaksanakan kebanyakan negara telah mengurangkan kesan perubahan iklim melalui pengurangan pengeluaran gas karbon sehingga 17%.

Sekali gus memberi penekanan akan keperluan sumber tenaga boleh baharu.

Beliau berucap dalam sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga, Forum Tenaga Antarabangsa (IEF-IGU) yang berlangsung secara maya.

Terdahulu, acara dwitahunan itu dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.