Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Malaysia catat pelaburan bernilai RM109.8 bilion

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Malaysia mencatatkan pelaburan bernilai RM109.8 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama untuk sembilan bulan pertama tahun ini.

Pelaburan itu melibatkan 2,935 projek dan akan mewujudkan 64,701 peluang pekerjaan.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sektor pembuatan menyumbang pelaburan paling tinggi sebanyak 59.5% diikuti sektor perkhidmatan sebanyak 39% dan sektor utama sebanyak 1.5%s.

Keseluruhan pelaburan yang diluluskan bagi sektor pembuatan adalah produk petroleum seperti petrokimia, produk logam asas, elektrik dan elektronik yang telah menghasilkan 85% jumlah pelaburan.

Antara penyumbang sektor perkhidmatan pula adalah hartanah, utiliti dan telekomunikasi yang merekodkan RM42.8 bilion nilai pelaburan.

Manakala sektor utama yang merangkumi subsektor utama seperti perlombongan, pertanian dan perladangan berjaya memperoleh RM1.7 bilion nilai pelaburan.