Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) dibuka dari 7 hingga 21 Disember

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 2 Disember - Tempoh rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) bakal dibuka dari 7 hingga 21 Disember ini. 

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, langkah itu bagi memberi peluang kepada pemohon mengemukakan rayuan serta semakan semula dokumen sokongan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

Kenyataan Tengku Datuk Seri Zafrul turut memaklumkan permohonan rayuan boleh dibuat dalam talian di Portal GKP.

Bagi memastikan PKS mikro layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan akan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan sehingga 31 Ogos lepas.

Setakat ini, hampir 850,000 Perusahaan Kecil Sederhana mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan RM2.55 bilion.

GKP merupakan bantuan kewangan sekali bayar berjumlah RM3,000 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan yang terkesan akibat COVID-19.