KWSP umum perincian i-Sinar minggu depan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Ekonomi
KUALA LUMPUR, 26 November - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan.
KWSP menerusi kenyataan media menjelaskan, perincian itu merangkumi ciri-ciri kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji.
Ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember 2020.
Pembayaran pertama disalurkan sebulan selepas permohonan diluluskan.
Permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP.
i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan kerajaan lain.
KWSP turut memperkenal bantuan lain antaranya pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19
(e-CAP).