Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

KPDNHEP tawar pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Kecil Francais bantu usahawan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 November - Orang ramai yang berminat untuk memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) boleh membuat semakan dan padanan perniagaan francais yang ingin diceburi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program itu perlu dimanfaatkan oleh golongan muda terutama graduan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Datuk Seri Alexander memaklumkannya selepas menjadi tetamu program Bicara Naratif di Angkasapuri.

Tambah beliau, sekiranya pembiayaan SPKF tidak mencukupi untuk menampung sepenuhnya permulaan perniagaan francais, orang ramai juga boleh memohon dana tertentu yang diperuntukkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.