Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Program Pembangunan Peneroka, FELDA cadang diperluas di 317 tanah rancangannya

  • Published in Ekonomi

PARLIMEN, 17 November - FELDA bercadang memperluas Program Pembangunan Peneroka PPP di 317 tanah rancangan di seluruh negara. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed, ia berikutan peruntukan yang disalurkan kerajaan menerusi Kertas Putih FELDA begitu besar iaitu RM1 Bilion untuk tempoh sehingga 5 tahun.

Jelas beliau, pelaksanaan program tersebut adalah melalui projek pertanian dan ternakan termasuklah sayuran, buah-buahan, ternakan ruminan, unggas, akuakultur dan ternakan eksotik.

Jelasnya lagi, kajian pasaran antara perkara yang diberi perhatian utama oleh FELDA.

Sehingga akhir Oktober lalu, 67 projek tanaman dan ternakan telah mendapat kelulusan FELDA dengan nilai RM10.7 juta.

Manakala 46 projek lagi melibatkan 32 projek individu dan 14 projek koperasi dengan nilai RM4.5 juta akan diluluskan dalam tempoh terdekat.

Datuk Seri Mustapa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman.