Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Peniaga di Malaysia bakal terima limpahan manfaat RCEP

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 November - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peniaga di Malaysia bakal menerima limpahan manfaat RCEP.

Ini termasuk penghapusan dan pengurangan tarif untuk barang-barang dagangan serta memudah cara eksport dan import antara negara anggota.

Penyedia perkhidmatan termasuk e-dagang juga berpeluang menikmati capaian pasaran yang lebih besar terutama dari segi penawaran rentas sempadan.

RCEP perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia ditandatangani selepas rundingan selama lapan tahun melibatkan 31 pusingan rundingan semuanya.

15 negara anggota RCEP merangkumi 2.2 bilion penduduk atau hampir 29.7% daripada jumlah penduduk dunia.

Ia juga mewakili AS$24.8 trilion atau 28.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Dunia berdasarkan data Bank Dunia bagi tahun 2018.