Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Meja Bantuan Perusahaan Mikro AKPK bantu PKS terjejas akibat COVID-19

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 November - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memperkenalkan Meja Bantuan Perusahaan Mikro bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir dalam satu kenyataan berkata, selain berhubung dengan pihak bank untuk bantuan bayaran balik pinjaman, usahawan mikro kini boleh menghantar permohonan itu melalui saluran tersebut.

Usahawan boleh melayari laman sesawang AKPK atau hubungi pusat panggilan AKPK dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang, Isnin hingga Jumaat bagi menetapkan janji temu bersama penasihat kewangan AKPK.

Penasihat kewangan AKPK akan memberikan khidmat nasihat bantuan bayaran balik pinjaman secara percuma.

Agensi itu juga akan membantu mengemukakan permohonan bagi pihak usahawan kepada institusi perbankan masing-masing.